Monday 5 November 2012

berubah jom ?

assalamualaikum :) tak jawab dosa tau sebab bari salam tu sunat tapi jawab salam tu wajib kan ? if i'm not mistaken. kalau salah sorry ye. hari ni otak tak berapa banyak idea tapi jari jemari ni rajin nak menaip so kalau saya merepek ke hapaa ke kan mintak maaf awal-awal kepada awak-awak semua ye. first of all hanis nak mintak maaf kat semua kalau hanis ada buat korang kecil hati ke terasa hati ke and macam-macam lagi hanis mintak maaf sangat ok hanis takde niat and tak sengaja pon. hanis nak berubah nak kurangkan dosa and nak sangat tambah pahala ibadah InsyaAllah. ni antara step yang hanis kene buat untuk jadikan misi ni berjaya. ewaahh ;) hanis perlukan sokongan. hanis dah lama niat nak berubah tapi slow-slow and nak benda ni kekal. tak guna jugak kalau kita beriya tapi benda tu kejap je kan? niat tu penting kalau kita nak buat sesuatu. tak gitu ???

sekarang adalah sikit perubahan yang hanis buat untuk kebaikan sendiri. ini bukan nak menunjuk or bangga diri semua tau. just nak share and nak galakkan korang pon berubah. takde paksaan. tak nak lah nanti orang cakap dia ni nak berubah tak nak ajak orang semua tu. tak nak jadi macam tu tapi bila kita post pasal ni tak nak jugak lah ada yang cakap alaa dia ni nak tunjuk baik lah apa ke kan. tak mau macam tu just nak ajak ramai-ramai jadi hamba Allah yang sejati and InsyaAllah ke Jannah pon bersama :) ingat sekali kita niat baik, dah tercatat pahala kita tapi bila kita niat nak buat jahat dosa tu takkan tertulis selagi kita belum buat. nampak tak senang je Allah nak suruh kita buat pahala sebab Allah sayang kita :) kadang-kadang kita memang terleka itu perkara biasa bila kita baru nak berubah , tapi lama-lama insyaAllah ,Allah akan permudahkan proses perubahan kita. tapi jangan pulak kita berubah dari baik ke jahat, kita kena lah berubah dari jahat ke yang lebih baik.

hanis nak cerita sikit, dulu hanis sangat jahil pasal agama. ni bukan ni bukak pekung sendiri tapi, nak bagi semangat kat orang lain untuk berubah sama. dulu masa sekolah menengah, tingkatan 1 sampai tingkatan 3 hanis pakai tudung on off je tapi bila dah naik tingkatan 4 tu memang dah pakai terus. masa mula-mula nak pakai tudung terus tu memang rasa kekok sikit and rasa tak selesa, panas tu semua. tapi tu semua perkara biasa bila kita baru nak start berubah, nanti dah lama-lama benda tu akan serasi dengan kita dan kita akan rasa serba salah, janggal, malu bila kita keluar tak pakai tudung. lagi satu dulu bila keluar baju tu still ketat, tudung jenis yang tutup rambut je atau kata lainnya tudung singkat, solat tak jaga. Ya Allah masa tu zaman kejahilan hanis. sangatttt ! malu dengan member-member lain. hari-hari memang ada niat nak berubah tapi tak tau lah kenapa tak buat. tapi takpe keep on niat nak berubah sebab bila kita niat nak buat baik, pahala ada dicatat.

hanis nak sangat tutup aurat sepenuhnya. teringin sangat takut tak sempat nak bertaubat! bila tengok orang yang pakai baju yang tutup aurat sepenuhnya tu ya Allah ! rasanya macam nak sangat jadi macam tu and bila terjumpa org yang macam tu asyik terlintas "bila hanis nak pakai macam tu?" rasa macam rugi sebab tak buat benda tu padahal bukan susah tapi tak tau lah. thats why hanis kata nak buat benda ni perlukan masa. tak boleh tergopoh-gopoh tapi takot bila dah relax sangat , tak sempat pulak yelah kita bukan tau ajal kita bila. tub-tub nak berubah mati tetiba siapa je yang tau ? tak tau lah macam mana nak buat. actually benda ni tak boleh nak ditangguh-tangguh tapi kita kena buat slow-slow. uti apa yang hanis rasa lah. antara step yang hanis dah buat adalah usaha jaga solat, cuba tak pakai baju yang sendat dan pakai baju yang labuh, pakai tudung yang tutup bahagian dada, banyakkan puasa. tu je yang hanis mampu buat setakat ni. hanis still belum boleh nakpakai anak tudung keluat tak tau kenapa macam susah sangat je padahal ringan and senang je nak pakai. yang tu i'll try after this :)

banyak lagi sebenarnya yang belum hanis buat. kalau nak disenaraikan memang lama lah. tapi setiap hari hanis try buat perubahan sikit demi sedikit.insyaAllah . mudah-mudahan doa hanis Allah makbulkan. hanis dah usaha, hanis dah berdoa sekarang hanis kene mengharap dan tawakal je apa yang jadi. rasanya itu je yang hanis nak share hari  ni. assalamualaikum :)

Wednesday 31 October 2012

JALAN SANA JALAN SINI

ASSALAMUALAIKUM BLOGGERS :)

hari ni hari rabu , semalam hari selasa dan esok hari khamis. so ? okey sebenarnya takde benda nak update. otak kosong sekarang ni. biasa lah cuti sem yang membosankan ni takde apa nak dibuat kan so ini lah kerjanya petangpetang hari paksa otak cari idea untuk update sebagai cara menghilangkan bosan.tak tau nak buat apa cuti yang tak berapa panjang ni. online tu memang memanjang. nak buat something yang lain dari online tu semua. dari tadi membebel yang takde kene mengena dengan tajuk post kan ? saja nak buat intro panjang-panjang. lagi pon memang trend sekarang kan ?ehh ? tak ehh? tak nak baca takpe tiada paksaan langsung. seriously langsung tak ada paksaan. ulang suara takde paksaan :D

satu cara yang boleh hilangkan bosan masa cuti panjang macam ni adalah hang out dengan member-member. seriously! ini memang tak bosan langsung. sebabnya?time ni lah boleh nak bergossip-gosip , melepaskan rindu yang lama terbuku. ewahh ayat!! dah 2 minggu cuti ni, dah 3 kali lepak ngan member-member yang berlainan. so just nak share gambar sikit lah. sikit je tau tau tau 


gambar di atas bertarikh 30 Oktober 2012. keluar dari pukul 1 tengah hari sampai 7 petang. tak lamapon tapi sempat window shopping, makan sama and yang paling penting karaoke . yipeeee !!!best gila karaoke 2 jam. samapai sakit tekak, lupa nak lunch macam-macam lah. kami lunch pukul 6 . hebat kan ? ni semua gara-gara karaoke and window shopping ! tapi best sangat lepak dengan diorang 


gamabar yang atas ni pulak 25 Oktober 2012 :) masa ni keluar sebab lulu nak pergi Jepun! whoaaaa best kan ? awak semua ada ke ?eleh takdelah tu kan. heee sorry sorry over !! masa ni pergi jusco tengok movie SINISTER. yeahh kami memang gadis-gadis yang paling berani dalam dunia. okeyy yang tu saya tipu. masing-masing penakut tapi nak tengok. enjoy sangat!

itu je sebenarnya nak tunjuk. tapi seriously bagi sesapa yang takde kerja nak buat cuti sem ni manfaatkan lah masa korang sebab bukan selalu kita cuti agak panjang macam ni kan ? bukan ni je benda yang boleh buat kita happy. banyak lagi benda boleh buat kita happy and tak bosan masa cuti sem ni. bagi hanis lah, hanis suka try resepi-resepi baru, masak lah kan kiranya. so up to korang lah untuk capai kepuasan cuti sem ni .kalau agak-agak tak nak membazir duit korang lepak sana sini overnight lah rumah member korang kan , macam semalam member hanis tidur rumah hanis. kalau macam ni korang tak lah membazir duit kan tapi still boleh lepak sama , berbual lah semua sama-sama :)

disebabkan saya ni dah ketandusan idea nak taip apa , apakata post kali ni stop kat sini je kalau tak nanti banyak pulak yang dibebelkan dan benda tu sanagt annoying! tak tipu punya. so nasihat saya manfaatkan masa korang, jangan buang masa macam tu je , tolong lah family korang masa cuti sem ni . at least dapatlah pahala tak banyak pon sikit kan ? just jangan buat benda yang tak senonoh yang boleh memalukan diri sendiri , mak ayah and family korang. thats all. byee see you soon ;)
assalamualaikum  <3

Monday 22 October 2012

SEMESTER BREAK

Assalamualikum :) yeahh lama sungguh blog ni tak di update. al maklumlah takde masa katanya. rasanya banyak jin yang dah datang bertanggang sebab lama sangat dah tinggal blog ni. Alhamdulillah habis dah semesta 1. baynyakbenda baru yang hanis belajar sepanjang 1st sem ni. banyak jugak jenis orang yang hanis jumpa. rasa macam kejap je dah habis sem 1.

lets talk about final examination. ok seriously , sejujur-jujurnya semuanya sangat susah. semua ok ! lima-lima paper susah. bukan susah apa sebab belajar main-main, last minute study, carry mark cukup makan dan sebangainya. tapi bagi hanis yang hanis jawab dgn tenang adalah statistics (QMT100) bukan nak cakap apa lah tapi ramai yang kata paper tu yang paling ok. InsyaAllah result pon ok. Aminn. ni yang paling penting ! paper paling susah adalah paper PRECALCULUS (MAT133) . tak tipu ini paling susah! tapi nak buat macam mana kan ? usaha dah , doa dah so sekarang tinggal tawakal je.

habis dah pasall final examination, so sekarang kita cerita pasal perancangan cuti sem. sebenar-benarnya perancangan awal masa cuti sem ni nak study subjek untuk sem akan datang dan tak nak kerja tapi.. ada orang mintak tolong kerja kat tempat lama sebab ada orang nak berhenti. so  tengah difikirkan lah macam mana. mungkin kerja tapi first plan tu tetap berjalan macam biasa. InsyaAllah.

so sementara takde kerja ni , duduk rumah, tolong mak masak untuk adik balik sekolah, sidau baju, basuh baju dan yang lain-lain. kiranya macam jadi bibik tak berbayar. takpelah dekat dunia tak berbayar nanti dekat akhirat InsyaAllah ye. kalau ikhlas semua ada ganjarannya tak perlu mintak-mintak. hehe. lepas dah settle kerja-kerja yang di atas tu , apa lagi online, online dan online lah kan. memang tu je kerjanya. ye memang tu kerjanya. kenapa? ada masalah? takde kot kan? ok baguss.

okay sekarang ni otak dah tepu sebab tak tau nak taip apa. assalamualaikum. bye :)

Sunday 29 July 2012

i'm 18

saya Hanis Amira binti Shaharuddin ingin mengumumkan bahawasanya saya dah tua ye . umur saya genap 18 tahun pada  26 Julai 2012 , Khamis . boleh jadi wartawan tak kalau ayam macam yang di atas ? haha . huaaaaa saya dah tua ! acano ni ? haaa macam gitu lah . birthday tahun ni biasa-biasa saja . tapi macam sedih sikit lah kan sebab selalunya masa birthday ada dengan family tapi hari tu takda :( its ok . family baru ada je dekat sini . thanks lah kepada mereka yang merajinkan jari-jemari mereka untuk post dekat FB , text and yang bg kad tu . terima kasih , jasamu dikenang . tidak lupa juga kepada mereka yang telah wish saya secara lisan . aceceh ;) motif post ini adalah untuk menunjuk-nunjuk hadiah yang telah diperoleh pada hari khamis yang lalu . haha yang tu gurau sahaja , bukan nak menunjuk tapi nak buktikan bahawa saya hargai semua banda yang telah diberi kepada saya . taraaa !


ni hadiah yang first saya dapat ! cee teka siapa bagi . hehe . ni abang kite bagi . dia siap pass dekat senior wing suruh bagi kat kitaa . huaaa sweet kan abang kami ni ? ececeh ;) terima kasih daun keladi ye


cupcakes ni classmate saya bagi . thanks sue , elida and rahima :) tak makan lagi tau ? sayang nak makan .  


comel gilaa present ni !! yang ini ad , pyka , ayu and liyana yang bagi . sayang kalian ketat-ketat <3 plastik pon tak bukak lagi tau . hehe


tarraaa . last but not least . kek-kek ni dari my roomate (nana) dan sekali lagi dari ayu and liyana jugak . suprise katanya ! thanks korang . cium sikit :*

hadiah dari emak and ayah belum dapat lagi . tunggu lah nanti balik JB . even birthday kali ni agak lain sebab falily takda , tapi member-member kat sini ada pon dah cukup dah . thanks again . love you all <3 thats all for now . see you in next post ;)



Friday 27 July 2012

assalamualaikum :)

ini adalah post saya yang ke 2 untuk hari ini . dan ini bukan post yang terakhir untuk hari ini . sepertimana yang diberitahu dalam post yang sebelumnya , hari ini jari-jemari dan otak saya agak aktif bekerja :) tak ada tajuk untuk post kali sebab malas nak pikir . sebenarnya nak cerita pasal seorang makhluk Allah yang hanis baru kenal dan dah rapat macam adik-berdik sendiri . nama beliau adalah Ahmad Ariff Khan . agak unik di situ nama beliau . hanis , yana and ayu panggil dia 'abang' sebab dia memang 'abang' kami . dia ni sangat caring dan baik . 

kami first time jumpa masa Annual Grand Meeting kelab Debat . dia yang tegur kita bertiga sebab masa tu kita pakai baju yang sama ( baju SIGS ) . masa kat situ macam biasa je lah sebab macam "alaa biasa lah senior tegur junior " . so buat macam biasa lah kan . tapi sekarang dia punya rapat kemain ! tak tau macam mana tiba-tiba boleh rapat . dia selalu bagi nasihat kat kita bertiga . dia selalu text , kadangkadang kalau kredit terlebih rajin nak call . tapi lately ni dia agak lain sebab mungkin dia ada problem . kami bertiga doakan masalah abang tu selesai dengan segera :) sebelum ni dia gelar kami bertiga ni wonder girl tak tau motifnya haha . 


haa ini lah wonder girls . dari kiri ayu , saya dan yana :)


ini lah abang yang saya maksudkan dari tadi :)


ni masa kami buka sama-sama .  yang duduk sebelah abg tu adalah girlfriend dia . hye kak qila cantik :)

rasanya itu je kot yang nak ditaip petang-petang ni . bye :)

Thursday 26 July 2012

berzaman !

Assalamualaikum :)

mak aihhh . lama betul tak update blog ni kan . serious lama gila ! tak caya ? pergi tgk previous ni punya post and tengok sikit tarikh zaman mana tu ?! kalau lah blog ni betingkap , anda dipersila kan celek jari anda ke tingkap tersebut dan lihat berapa banyak habuk di situ . motif ayat di atas ialah untuk memberitahu anda bahawa saya semakin malas update blog yang semakin bersawang ini :) tapi tak tau kenapa hari ni jari-jemari ni rasa rajin nak menaip dan otak bergerak laju untuk keluarkan macam-macam ayat . aceceh ayat saya tu boleh diabaikan .

sedar tak sedar dah hampir 3 bulan jugak hanis dekat UiTM ni . so far banyak yang okay dari yang tak ok . apa yang okay dan tak okay di sini adalah yang berkaitan dengan life saya di UiTM ni . post kali ni agak random , nak tau cerita yang lagi menarik , post seterusnya menyusul . kihkihkih . saya sendiri tak tau kenapa ayat saya jadi macam ni :)

so lets start with my life in UiTM . sebenarnya seriously life dekat universiti ni sangat lain dengan life masa sekolah . lain sangat okayy ! even hanis pon baru berapa bulan je kat sini , hanis dah dapat rasa perbezaan . persekitaran , cara belajar dan orang dekat sini pon lain . ada yang baik , ada yang belum baik , ada macam-macam jenis orang lah kat sini . apa yang pelik ada yang baru part 2 tapi dah act macam dah final sem . bukan nak mengata ;ah kan . tapi , kita nak dihormati kan so kita kene buat benda yang sama kat orang lain . okayy tu pasal orang dekat sini

next cara belajar . kalau dulu masa sekolah , kita kena buat homework sebab cikgu akan suruh hantar dan akan ditanda , tapi bila masuk dunia universiti , homework dah kerja yang diberi oleh lecture adalah bertujuan memantapkan diri sendiri . kalau buat , maksudnya kita ada usaha nak baiki diri kita kalau tak buat tu pandai-pandai lah tafsir diri sendiri . and kena ingat tak semua lecture boleh terima kelemahan kita ! tapi seburuk mana pon lecture tu , apa yang dia kata mesti ada kebenarannya :)

itu je kot untuk post kali ni . lepas ni akan ada post lain yang akan di post lagi . huaaa betul-betul rajin otak dan jari jemari bergerak . see you ;) assalammualaikum

Saturday 10 March 2012

random post

assalamualaikum :) dah lama hanis tak update blog ni sebenarnya . busy lah katakan :P . sebenarnya hanis dah start kerja . dah setengah bulan dah . mula-mula kerja memang rasa macam kekok lah dengan situation kat tempat kerja tu tapi dah lama-lama okay sudaa . hanis kerja dekat petronas Bandar Baru UDA 1 . ni petronas yang dekat dengan jalan besar tu :) hanis hari-hari pergi kerja naik teksi . kalau mak tak kerja baru mak amik . kat petronas kerja ikut shift and so far hanis dah rasa semua shift . untuk minggu ni hanis kerja shift petang ( 3 petang - 11 malam ) kerja 8 jam and tolak rehat 1 jam ok lah dengan gaji yang petronas tu bagi :) tengok ni orang kerja petronas



hanis dah dapat dah first gaji . hanis bagi duit sikit kat mak hanis sebab die yang selalu hantar or ambil hanis balik kerja and hanis dah belanja family makan tutti fruti pon pakai first gaji tu . agak bangga bila dapat belanja family makan pakai first gaji . masa mula-mula kerja hanis niat nak beli macam-macam barang bila dapat gaji but bila dah dapat gaji sebenarnya sayang nak pakai duit tu . now hanis baru rasa macam mana susah nak cari duit . so nak belanja pon sayang duit tu . duit tu tak banyak so kene belanja dengan jimat :) hanis kadang-kadang tak percaya yang hanis dah ade duit atas titik peluh hanis sendiri . HAHA poyoss ! muehmuehmueh

nak cerita kat tempat kerja pulak ni . masa first day datang , pak cik suruh tengok-tengok and belajar sikit-sikit je dengan kakak-kakak and abang-abang dekat situ . so tgk je lah . first day yang banyak ajar hanis abang amin . thanks :) tu yang dekat kaunter , yang susun-susun air tu kak nazil yang ajar kite . kak nazil ni baik sangat okay ! kak ema muka die garang tapi die okay sebenarnye . die pon banyak ajar hanis . next kak qila . die ni memang dah pro lah buat kerja seriously . die dah tunang :) lepas tu kak sila . kak sila ni die suke ketawa , sama macam hanis . kalau shift dengan die , memang ketawa je lah kerjanya . HAHA . die ni lah yang ajar hanis macam mana nak buat kalau ade orang nak bayar pakai kad . thanks semua ! thanks jugak kat abg faizin , martin , darwan , pak cik mahtar , pak cik ( supervisor kot ) and especially to BOSS sebab bagi peluang kerja and ambil pengalaman :) jasa kalian Tuhan je yang mampu balas .

ape lagi ea nak dicerita . haaa akak-akak dekat petronas suke tau buat kite ketawa , since kite ni jenis yang suke ketawa kan . HAHA . nak tau tak kite kat tempat kerja gelak mesti tak bunyi ! tak tau kenapa . then kalau gelak nanti macam orang semput . lagi-lagi kalau jaga dengan kak sila . elak kene marah dengan customer je kan . lepas tu abang amin tu suke panggil kite baby ! macam ni haa die selalu cakap " ni si baby ni asyik ketawa ja " HAAA baby tu adik saya lah abang amin bukan saya ! cik akak and cik abang dekat petronas tu semua suke tengok bila kita closing . HAAA malu kalau closing short lg lah terkedu sekejap .

ape cer dengan incik zamree kite ea ? die still bengong macam dulu . HAHA ! baru-baru ni kite dapat korek satu rahsia die . nak tau ape ? HEHE awak jangan marah ni saya tulis kat blog . die suke minum VITAGEN ! tak sangka betul HAHA . heee jangan ketawakan sayang kite ni ye ;) thanks ye sebab pernah hantar and ambil saya balik kerja . even sehari je , appreciate it a lot ! sekarang ni saya dah pandai merajuk dengan die . HEHE  ngade sikit :P semalam super saver dengan die then ade berbual pasal sambung belajar . zamree kata jangan pergi belajar jauh-jauh . awak , kalau lah saya ni boleh pilih kat mana saya belajar , dah tentu-tentu lah saya ni belajar yang dekat-dekat sini je . kalau boleh yang kat JB je . the problem is bukan saya yang tentukan tempat saya belajar tu .

awak risau takde siapa nak jaga awak kan , takpe family awak kan ade . kawan-kawan awk pon ramai . diorang boleh jaga awak kalau saya pergi belajar jauh-jauh nanti . jangan risau ok ! saya sayang awk je . ye awk je ZAMREE ! nanti kite buat folio awak sama-sama ok before saya sambung belajar .

cakap pasal sambung belajar , result SPM dah nak keluar ! cuak giloo ! tak tau kenapa kali ni amik result macam nak suruh orang-orang tersayang teman . tak kesah lah ayah ke , emak  , kakak , adik or zamree yang teman . tak kesah siapa-siapa tapi nak ade orang teman . malangnya result keluar masa hari bekerja so tak tau lah boleh tak diorang teman :'( hanis tak target straight A tapi nak banyak A dari yang lain-lain ( B ,C , D , E , G ) kalau boleh tak nak G tu please ! hope sangat salah sorang dari orang tersayang dapat teman hanis amik result .

okay lah dah panjang bebeno lah post ni . nak taip pon dah ketandusan idea . next time sambung lagi blogging :) love all . take care . assalamualaikum