Monday 5 November 2012

berubah jom ?

assalamualaikum :) tak jawab dosa tau sebab bari salam tu sunat tapi jawab salam tu wajib kan ? if i'm not mistaken. kalau salah sorry ye. hari ni otak tak berapa banyak idea tapi jari jemari ni rajin nak menaip so kalau saya merepek ke hapaa ke kan mintak maaf awal-awal kepada awak-awak semua ye. first of all hanis nak mintak maaf kat semua kalau hanis ada buat korang kecil hati ke terasa hati ke and macam-macam lagi hanis mintak maaf sangat ok hanis takde niat and tak sengaja pon. hanis nak berubah nak kurangkan dosa and nak sangat tambah pahala ibadah InsyaAllah. ni antara step yang hanis kene buat untuk jadikan misi ni berjaya. ewaahh ;) hanis perlukan sokongan. hanis dah lama niat nak berubah tapi slow-slow and nak benda ni kekal. tak guna jugak kalau kita beriya tapi benda tu kejap je kan? niat tu penting kalau kita nak buat sesuatu. tak gitu ???

sekarang adalah sikit perubahan yang hanis buat untuk kebaikan sendiri. ini bukan nak menunjuk or bangga diri semua tau. just nak share and nak galakkan korang pon berubah. takde paksaan. tak nak lah nanti orang cakap dia ni nak berubah tak nak ajak orang semua tu. tak nak jadi macam tu tapi bila kita post pasal ni tak nak jugak lah ada yang cakap alaa dia ni nak tunjuk baik lah apa ke kan. tak mau macam tu just nak ajak ramai-ramai jadi hamba Allah yang sejati and InsyaAllah ke Jannah pon bersama :) ingat sekali kita niat baik, dah tercatat pahala kita tapi bila kita niat nak buat jahat dosa tu takkan tertulis selagi kita belum buat. nampak tak senang je Allah nak suruh kita buat pahala sebab Allah sayang kita :) kadang-kadang kita memang terleka itu perkara biasa bila kita baru nak berubah , tapi lama-lama insyaAllah ,Allah akan permudahkan proses perubahan kita. tapi jangan pulak kita berubah dari baik ke jahat, kita kena lah berubah dari jahat ke yang lebih baik.

hanis nak cerita sikit, dulu hanis sangat jahil pasal agama. ni bukan ni bukak pekung sendiri tapi, nak bagi semangat kat orang lain untuk berubah sama. dulu masa sekolah menengah, tingkatan 1 sampai tingkatan 3 hanis pakai tudung on off je tapi bila dah naik tingkatan 4 tu memang dah pakai terus. masa mula-mula nak pakai tudung terus tu memang rasa kekok sikit and rasa tak selesa, panas tu semua. tapi tu semua perkara biasa bila kita baru nak start berubah, nanti dah lama-lama benda tu akan serasi dengan kita dan kita akan rasa serba salah, janggal, malu bila kita keluar tak pakai tudung. lagi satu dulu bila keluar baju tu still ketat, tudung jenis yang tutup rambut je atau kata lainnya tudung singkat, solat tak jaga. Ya Allah masa tu zaman kejahilan hanis. sangatttt ! malu dengan member-member lain. hari-hari memang ada niat nak berubah tapi tak tau lah kenapa tak buat. tapi takpe keep on niat nak berubah sebab bila kita niat nak buat baik, pahala ada dicatat.

hanis nak sangat tutup aurat sepenuhnya. teringin sangat takut tak sempat nak bertaubat! bila tengok orang yang pakai baju yang tutup aurat sepenuhnya tu ya Allah ! rasanya macam nak sangat jadi macam tu and bila terjumpa org yang macam tu asyik terlintas "bila hanis nak pakai macam tu?" rasa macam rugi sebab tak buat benda tu padahal bukan susah tapi tak tau lah. thats why hanis kata nak buat benda ni perlukan masa. tak boleh tergopoh-gopoh tapi takot bila dah relax sangat , tak sempat pulak yelah kita bukan tau ajal kita bila. tub-tub nak berubah mati tetiba siapa je yang tau ? tak tau lah macam mana nak buat. actually benda ni tak boleh nak ditangguh-tangguh tapi kita kena buat slow-slow. uti apa yang hanis rasa lah. antara step yang hanis dah buat adalah usaha jaga solat, cuba tak pakai baju yang sendat dan pakai baju yang labuh, pakai tudung yang tutup bahagian dada, banyakkan puasa. tu je yang hanis mampu buat setakat ni. hanis still belum boleh nakpakai anak tudung keluat tak tau kenapa macam susah sangat je padahal ringan and senang je nak pakai. yang tu i'll try after this :)

banyak lagi sebenarnya yang belum hanis buat. kalau nak disenaraikan memang lama lah. tapi setiap hari hanis try buat perubahan sikit demi sedikit.insyaAllah . mudah-mudahan doa hanis Allah makbulkan. hanis dah usaha, hanis dah berdoa sekarang hanis kene mengharap dan tawakal je apa yang jadi. rasanya itu je yang hanis nak share hari  ni. assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment